Posted by FakirFikir in October 15, 2010
Apa berita hari ini?
Sebenarnya ada ketikanya, perjalanan PhD ini kelihatannya sudah sampai ke penghujungnya, dan ada ketikanya kelihatan kian panjang. Kutipan data aku di 35 buah organisasi sudah siap dimasukkan semua datanya. Bagaimana pun, banyak hal yang tidak terjangkau oleh ilmu pengetahuan.
Bidang psikologi ialah bidang yang penuh dengan statistik. Ketika di universiti dulu, puluhan tahun dulu, menguasai SPSS dianggap satu kepandaian yang cukup untuk menganalisis tingkahlaku manusia. Sebaik sahaja mendaftar PhD, aku tahu rupanya SPSS hanyalah pakej statistik yang sangat umum. Ada banyak lagi software lain. Antara yang tidak pernah aku dengar sebelum ini ialah NviVo dan AMOS. Aku perlu belajar kedua-duanya. Aku rasa aku sudah menguasainya. Aku rasa sudah cukup untuk mengira statistik kualitatif dan kuantitatif.
Tadi – berbincang dengan penyelia aku. Dia kata, untuk data terbaru ini – tidak lagi boleh menggunakan AMOS. Ia tidak boleh mengira hal yang kami ingin kaji. Jadi – aku perlu belajar software yang baru – MPlus. Aku hanya mendengarnya sahaja sebelum ini. Ia software statistik yang memerlukan kita melakukan coding secara manual.
Dia memberikan buku – dan sekeping CD. Dia minta aku install ke notebook aku. Katanya ‘enjoy your weekend’. Sampai sekarang aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan analisa. Bahkan, memasukkan data pun aku tidak tahu.
Tahu sekarang – PhD – jalan panjang yang menyeronokkan.
Posted by FakirFikir in October 13, 2010
Pagi yang bagus. Matahari yang cerah. Semalam, mendengar kisah benar dialami seorang saudara kita mengenai betapa sulitnya hidup ini, yang pada akhirnya hanya kita sendiri sahaja yang menolong diri. Jangan harapkan dari sesiapa pun. Mintalah pertolongan dari Tuhan.
Ceritanya bermula apabila saudaranya dari Malaysia yang dalam penerbangan ke Melbourne tiba-tiba mengalami sakit sesak nafas di atas pesawat. Pesawat terpaksa mendarat kecemasan di Alice Spring – bandar di tengah padang pasir di bahagian utara Australia. Itu kawasan pedalaman. Dipendekkan cerita, saudaranya itu menghembuskan nafas terakhir. Kos bagi semua itu, baik membawa pulang ke Malaysia dengan pesawat, atau mengkebumikan di Alice Spring bukan seratus dua. Dia menelefon semua talian yang boleh diharapkan membantu – termasuk parti politik terbesar Melayu, dan satu lagi kerajaan negeri Kedah. Termasuk juga beberapa badan kerajaan lain.
Siapa yang membantu beliau?
Tidak perlu aku tulis lanjut. Tidak ada sesiapa membantu anda kecualilah kalau sudah dekat dengan pilihanraya. Kalau anda pun, mengalami kesulitan yang sama, baik sebesar mana sekalipun – hubungilah diri anda sendiri.
Posted by FakirFikir in October 11, 2010
Jam 1.22 pagi. Mata tak mahu mengantuk lagi. Hendak menaip tesis, tidak ada apa yang hendak ditaip. Menulis surat cinta, tidak tahu kepada siapa hendak dituju. Menulis sajak, pasti tidak laku.
Hendak minum teh tarik, hari ini aku ingat sudah lebih 4 cawan aku bancuh. Aku tidak kisah bancuh sendiri.
Dulu, aku memang pembancuh teh tarik kedia di Sungai Tangkas, Kajang. Sebelum ke Australia, aku juga pembancuh teh tarik di Sungai Kerang, kedai bapa mertua aku. Di Australia, kalau anda ingin membancuh teh tarik, agar tidak ‘ceroi’ pastikan anda menggunakan dua uncang teh boh ‘Intense’ untuk satu cawan. Baru jadi teh tarik ala Malaysia.
Jadi apa patut aku buat?
Aku ambil rokok, aku hisap. Sambil mendongak ke langit melihat bintang-bintang. Bilakah gamaknya bintang ini akan jatuh ke riba aku.
Posted by FakirFikir in December 22, 2009
Selasa – tidak ada berita besar hari ini. Melainkan kembali menjengok blog ini. Dahulu, aku tidak sempat. Blog ini juga tidak friendly. Nampaknya sekarang sudah berubah. Banyak yang sudah diupgrade. Banyak features baru yang ditambah.
Pagi tadi – seperti rutin hari sebelumnya, aku ke universiti. Jumpa supervisor. Minta dia isi borang penilaian prestasi. Sembang-sembang. Ini hari terakhir beliau sebelum bercuti sabatikal tahun depan. Selepas ini, kami akan hanya berjumpa di kedai kopi atau di tempat lain. Dia mungkin tidak menjengah lagi ke pejabat. Dia berpesan, jangan bimbang. Dia emailable.
Apa aku buat hari ini. Aku baru sahaja boleh menulis sejak beberapa hari. Aku mula mengetik jam 9.00 malam. Baru 150 patah, isteri aku minta pergi beli air mineral. Itu sebahagian hal stress orang buat PhD. Beratur panjang. Lama pula tu. Sejam lebih. Menunggu juga aku dalam kereta Barina buruk aku. Jam 12 malam, aku mula menulis lagi. Sudah 900 patah. Bolehlah. Sekarang jam 4.10 pagi. Aku belum tidur lagi.
Selamat pagi semua pengutip sampah!
Posted by FakirFikir in April 7, 2009
Aku di sini pula beberapa hari ini sibuk. Entah sibuk dengan apa, aku pun tak berapa pasti. Tinggal sebulan lebih sikit dah nak balik Malaysia. Masalahnya, soalselidik tak siap lagi. Semalam, email seorang profesor di US, minta soalselidik. Nasib baik dia respons. Ada juga email seorang pensyarah di Malaysia. Nasib baik dia tak respons. Sebab respons email bukan budaya orang Malaysia. Mungkin kita pemalu agaknya. Aku tahu sangat hal ini. Aku pernah email banyak orang, menteri pun pernah. Tapi tak ada orang yang nak jawab pun. Tak mengapalah. Nanti aku pun akan jadi macam tu juga gamaknya.
Ada hal lain yang juga sibuk. Jurnal tak settle lagi. Nak kena tekan ayat lagi. Ada pula jurnal siapa ntah, supervisor minta aku tolong reviewkan. Hah, dah sah la aku bagi markah elok punya. Dalam hidup aku, aku tak pernah bagi orang fail. Aku akan pastikan mereka lulus, walaupun cukup-cukup makan.
Tapi, dalam banyak-banyak sibuk tu – sebenarnya aku jadi sibuk sehingga satu benda pun aku tak buat.
Posted by FakirFikir in March 21, 2009
Nampaknya jadi orang akademik ini banyak sibuk dengan kertas dan teori. Realitinya mungkin tidak sama pun. Sibuk kerja dulu lain. Itu real. Dealing dengan manusia. Sekarang ini dealing dengan konsep yang entah datang dari mana. Sebab itu dah lama aku tak memancing. Tak ada mood. Macam mana nak ada mood, kepala fikir yang lain. Tak enjoy lagi memancing. Jadi lebih baik aku lepak di rumah. Kerja tak jadi tak apa. Asalnya aku enjoy main-main dengan Luqman Hakiem.
Berita lain – Malaysia sekarang pun sibuk dengan macam-macam hal. Arena politik sudah jadi tempat orang bertinju. Gaduh sana, gaduh sini. Celah-celah itu ada pula rasuah sana, rasuah sini. Kalau dah jadi macam itu, sempat ke dia orang ambil port fasal masalah ekonomi global? Kasihan kita. Dia orang sibuk dengan politik, wang dan kuasa. Kita sibuk macam mana nak beli susu untuk anak.
Posted by FakirFikir in March 5, 2009
Sempat ubah beberapa bahagian artikel. Itu sahaja kejayaan hari ini. Petang, jam 3 masuk kelas Monica. Sempat bincang dengan dia beberapa perkara. Pukul 5, balik naik teksi dengan dia juga. Turun di City East. Minum kopi dengan Zainol pula. Budak Melayu paling besar di Adelaide.
Pukul 7 sampai rumah. Tidak ada kejayaan hari ini. Cuma satu, aku ingat nak buat satu lagi artikel. Jadi kalau siap boleh jadi 3 artikel sepanjang 6 bulan ini. Kira banyak. Kualiti jangan ambil tahu. Itu sangat subjektif.
Oh. Apa berita Malaysia hari ini. Tidak ada berita lain. Politik, politik, politik. Hah. Bila nak habis. Agaknya kita akan diam bila kita sudah hilang negara.
Posted by FakirFikir in March 4, 2009
Tengahari tadi harijadi Dr Lyn. Dia penyelidik di tempat kami. Jadi kami dengan beberapa teman lain ke Adelaide Club untuk meraikan harijadi beliau. Tidaklah ada kek atau lilin. Masing-masing makan, masing-masing bayar. Aku cuma minum kopi. Ada yang minum air sejuk sambil berborak-borak. Hari ini berborak-borak pasal Ireland, Protestan dan Khatolik. Itulah inti perpecahan Ireland utara dan selatan.
Petang, jumpa Mawar – pelajar dari Indonesia. Berbincang fasal proposal seni yang dia mahu hantar. Aku pun tak berapa faham sangat topiknya orang seni ini. Dia pelukis. Yang aku faham fasal Indonesia dan proposal. Itu sahaja.
Jam hampir pukul 7. Balik. Tersempak pula dengan dua budak perempuan adik beradik dari Thailand. Sempat berbual-bual dalam bahasa Siam pula. Sekarang ini, aku akan bercakap Siam kalau berjumpa manusia Thailand, dan Indonesia kalau berjumpa dengan orang Indonesia. Cuma yang aku tak pandai-pandai cakap omputih kalau berjumpa dengan orang Australia. Tak apalah. Tapi sekurang-kurangnya aku sudah siap menulis dua artikel. Satu dibentang pada hari jadi aku bulan Jun nanti di Sydney. Satu lagi cadangnya ke Darwin bulan 10.
Berita lain – Perak semakin kacau. Pakatan dan BN bergaduh. Agaknya siapa yang menang? Kedua-dua mereka menang. Sebab mereka tetap dibayar gaji dan boleh ke sana sini. Yang kalah cuma rakyat jelata. Siapa yang akan bercakap hal rakyat kalau wakil mereka asyik bergaduh. Yang akan bercakap hal rakyat ialah rakyat sendiri. Tak ada siapa yang mahu bercakap hal kita. Ahli politik cuma faham bahasa kuasa! Itu bahasa yang lebih berkuasa dari bahasa Siam, Indonesia, Melayu atau Inggeris.
Posted by FakirFikir in March 3, 2009
Tengahari aku masih di rumah. Tidak ke universiti hari ini. Tidur dan bermain-main dengan Luqman. Sesekali tengok youtube. Tidak ada sebarang mood hari ini. Tidak juga stress. Sekadar relaks. Ini dinamakan recovery. Esok akan mula menulis lagi. Entah dari mana akan bermula. Petang tadi, Sidi dan Salina datang.
Itu sahaja berita hari ini. Ohh. Ada lagi. Persidangan tergempar DUN Perak hari ini diadakan di bawah pokok. DUN dibubarkan. Ah, dunia semakin kacau. Saman menyaman berlaku. Itulah definisi kuasa. Siapa yang tak mahu kuasa? Masing-masing berebut. Yang kacau bilau rakyat. Mereka naik pening. Pening yang tak boleh hilang walaupun makan 100 panadol.
Posted by FakirFikir in March 2, 2009
Petang, dateline pukul lima kena hantar abstract. Pukul 3.50 supervisor aku tak sempat nak tambah ayat lagi. Pukul 4.50 baru dia siap. Hah. Dia tambah yang bukan-bukan. Itu bagusnya supervisor aku. Baca balik abstract aku nampak sangat memang bukan bahasa aku. Itu bahasa orang putih kelas tinggi. Kalau ada sesiapa yang nak buat PhD, boleh contact aku. Nanti aku rekemen supervisor aku. Salah seorang yang baik, silap-silap haribulan dia yang tolong tulis.
Esok, ayah dan emak Fikrul akan balik Malaysia. Selamat balik. Tugas semakin sukar untuk Fahmi. Dia perlu menjejak balik setiap orang yang pernah ditemui ayah Fikrul untuk memerahkan mereka semula! Selamat berangkat dengan selamat.
Recent Comments